Gambaran penggunaan bahasa melayu
Melalui kajian yang telah dibuat terdapat responden bukan Melayu membuat kesalahan-kesalahan tatabahasa tetapi, pada keseluruhannya, mereka memperlihatkan keupayaan untuk menyampaikan buah fikiran dengan baik melalui bahasa Melayu. Namun ini tidak bererti mereka tidak membuat kesalahan-kesalahan bahasa. Tetapi pada amnya, para reponden sudah memperlihatkan penguasaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa perhubungan
Aspek-aspek kesalahan Bahasa Melayu
Terdapat tiga jenis kesalahan bahasa, iaitu tatabahasa, ejaan dan unsur keinggerisan yang sering dilakukan oleh pengamal undang-undang ini.
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa berlaku apabila ayat-ayat tidak sempurna bentuknya, dan pembentukan kata salah mengikut peraturannya. Contohnya;
1. ( Sebab merujuk pada bahan-bahan dalam bahasa Inggeris ) untuk fahaman yang lebih berkesan memandangkan kebiasaan menutur dalam bahasa Malaysia adalah lebih biasa dengan diri sendiri.
2. Kebiasan untuk bercakap den menerangkan dalam bahasa Inggeris.
Terdapat juga kesalahan-kesalahan lain, dari segi penggunaan tatabahasa, seperti penggunaan bentuk jamak pada perkara yang tidak perlu, misalnya lebih banyak kursus-kursus; memulakan ayat dengan menggunakan perkataan kerana, contohnya: kerana jika dipaksa, hal ini tidak akan dapat dilaksanakan; dan menggunakan ungkapan-ungkapan seperti sepertimana, bilamana dan sebagainya yang tidak menunjukkan penggunaan bahasa yang betul.
Kesalahan Ejaan
Kesalahan ejaan merupakan kealahan yang paling kerap dilakukan, sama ada oleh orang Melayu mahupun orang bukan Melayu. Jenis kesalahan terdiri daripada yang berikut:
1. Kesalahan mengeja kata sendi nama di, yang ditukar ganti dengan menjadikan perkataan tersebut sebagai imbuhan di-, contohnya didalam, disana, dan diperingkat.
Beberapa responden yang berumur didapati menulis awalan di- terpisah daripada kata dasar, misalnya: di tukar, di sebut dan sebagainya, yang menunjukkan bahawa mereka tidak mengikuti perkembanan terakhir dalam bidang ejaan atau mereka tidak menguasai Sistem Ejaan Baharu.
2. Kesalahan ejaan pada kata-kata yang menerima akhiran kan dan –an.
Contohnya:
Galakkan untuk galakan
Kebanyakkan untuk kebanyakan
3. Menggunakan ejaan lama, aatau tidak mematuhi peraturan Sistem Ejaan Baharu, contohnya:
Lapuran; (mahkamah) agong, professor dan sebagainya
Unsur Keinggerisan
Pengaruh bahasa Inggeris menjadi punca kelemahan responden dalam menggunakan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman ini. Bahasa Melayu yang digunakan kadang-kadang menjadi tidak gramatis dan ganjil kerana binaan strukturnya bersifat keinggerisan. Ada kalanya, mungkin disebabkan tidak tahu ungkapan atau istilah dalam bahasa Melayu, ayat yang terhasil bersifat ‘kacukan’, iaitu separuh Inggeris, separuh Melayu. Antara contoh kelemahan bahasa jenis ini adalah seperti berikut:
1. Saya boleh guna bahasa Melayu seluruhnya, tetapi kalau orang yang sedang saya bersakap dengan itu tidak tahu, terpaksa juga guna bahasa Inggeris.
2. Dengan masa bahasa Melayu secara perlahan saya pasti (slowly and surely) akan mencapai kegunaan secara keseluruhan di Mahkamah Malaysia.
3. Bahasa Inggeris boleh senang difaham oleh anak guam.
4. Kita harus consistant.
Kesalahan-kesalahan tersebut memperlihatkan sikap bersahaja terhadap bahasa Melayu. Mereka kurang berhati-hati dalam menyusun ayat dan mengeja dalam bahasa Melayu. Ini mungkin kerana sikap mereka yang menganggap bahawa penggunaan bahasa melayu perkara yang ringan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan