I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Konsep Kata Pemeri


Kata pemeri merujuk kepada kata ialah dan adalah. Menurut kamus Linguistik (1982 : 123) mengatakan bahawa kata pemeri ialah kata atau kerlompok kata yang membatasi atau meluaskan makna kata yang lain. Menurut Nik Safiah Karim et al (2008: 263) pula kata pemeri ialah  unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Menurut Asmah Haji Omar (2008: 159) menyatakan bahawa terdapat dua partikel pemeri dalam Bahasa Melayu, iaitu ialah dan adalah. Kedua-dua partikel ini memberi pemerian kepada subjek dalam ayat yang berstruktur Subjek – Predikat Nama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan