I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Dialek


Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), dialek ialah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah. Semasa saya berada di semester satu, saya berasa terasing apabila bercampur dengan pelajar dari negeri Kelantan dan Terengganu kerana mereka menggunakan dialek mereka apabila berbual antara mereka. Saya tidak memahami walaupun sebutir kata yang keluar dari mulut mereka kerana saya berasal dari negeri Johor, yang menggunakan bahasa Melayu standard dalam perbualan seharian. Barulah saya memahami pada waktu itu bahawa betapa uniknya budaya bangsa Melayu ini kerana mempunyai dialek-dialek yang tertentu mengikut negeri dan kawasan. Berikut akan saya nyatakan beberapa penggunaan dialek mengikut negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Contoh dialek Terengganu :
“Lie, mung nak g mana?”
“aku makang dah ikang tue tadi”

Contoh dialek Kedah :
“Hang takkan nak jadi macam depa, tidoq tak wat keja”
“Hangpa nak p mana”

Contoh dialek Kelantan :
“Demo nok g mano? Tubik luar tok ajok kawe, berat la demo nie”
“Kawe nok tubik bentar deh, demo jange kelik dulu”\


Begitulah keunikan bahasa Melayu yang didalamnya mengandungi pelbagai dialek yang unik dan indah. Bagi masyarakat Melayu di negeri Johor, mereka lebih terdedah dengan dialek Jawa. Contohnya seperti :

“wes mangan orong” (sudah makan belum?)
“ arep mareng ndi” (hendak pergi mana?)


Begitulah ragam-ragam dialek yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu yang mendiami bumi berdaulat Malaysia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan