I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 18 Mac 2011

Bilangan 16: Panduan Menulis Sajak 2

Memahami dan memilih kata-kata terbaik.
kata-kata terbaik umum sifatnya dan mungkin khusus maknanya pada seseorang penyajak. Kata-kata terbaik bermaksud, kata yang paling sesuai, kena dengan maksud dan menepati kenyataan. Penulis perlu peka kepada pemilihan kata-kata yang terbaik ini, supaya sajak yang dihasilkan menampakkan ciri-ciri keindahannya.

Kaedah A:Diksi ke rangkap
i. Menentukan perkataan teras dan seerti.
ii. Membina rangkai kata.
iii. Menyusun rangkai kata dalam baris
iv. Membina rangkap sajak

Kaedah B: Prosa ke rangkai kata
i. Membina prosa pendek
ii. Penggantian kata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan