I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Frasa


Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim, 2008). Dalam tatabahasa satu perkataan boleh menjadi suatu frasa. Ini terjadi apabila kata itu secara tunggal menepati posisi kata inti suatu frasa dalam suatu ayat.

            Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa keterangan. Frasa terbina daripada urutan penempatan jenis kata atau frasa dalam frasa. Frasa kerja merupakan frasa terpenting dalam tatabahasa. Kata kerja tersebut boleh terdiri daripada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Frasa kerja yang di dalamnya terdapat kata kerja sebagai inti dpat diperluas. Perluasan ini dilakukan dengan cara menambahkan satu kata penerang atau lebih kata penerang, sama ada diawal, iaitu mendahului kata kerja inti atau diakhir yakni mengikuti kata kerja inti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan