I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Peraturan D-M ( hukum D-M )


Peraturan atau hukum D-M ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat. Menurut Nik Safiah Karim, D merujuk kepada diterangkan, iaitu unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama, manakala M merujuk kepada menerangkan iaitu, unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Sebagai contoh :
1)    orang / melayu
( D )        ( M )
2)    penulis / novel
( D )        ( M )
3)    Ahmad / tukang masak
( D )         ( M )


2.5.2   Kekecualian hukum D-M
Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama dalam nama-nama jawatan ( Nik safiah Karim, 2009 : 377 )
Sebagai contoh :
1)    perdana / menteri
( M )         ( D )
2)    Naib /   presiden
( M )         ( D )
3)      ibu /   pejabat
( M )         ( D )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan