I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Struktur Ayat


Struktur ayat ialah susunan kata dalam ayat bagi membentuk satu binaan. Bahasa nusantara khasnya bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai pola subjek + predikat. Unsur yang membina subjek ialah frasa nama manakala unsur yang membina predikat ialah frasa adjektif, frasa kerja, frasa sendi nama atau frasa nama itu sendiri. Selain subjek dan predikat, unsur lain yang dapat membina ayat ialah objek, keterangan dan pelengkap. Susunan unsurnya pula adalah dari kiri ke kanan (sintakmatik). Selain itu, struktur ayat boleh terdiri daripada struktur ayat biasa dan sonsang. Jika sesuatu ayat itu, mempunyai hubungan tetap, unsur-unsur yang membinanya tidak boleh diubah sesuka hati.
Contohnya:   1(a) saya tidak dapat membeli baju itu.
1(b) *baju itu membeli saya tidak dapat.
Ayat tersebut mengandungi unsur-unsur kata saya, tidak, dapat, membeli, baju, dan itu. Unsur-unsur tersebut mempunyai hubungan tetap dan urutannya sukar untuk diubah. Jika diubah, ayat tersebut menyalahi aturan atau struktur ayat bahasa Melayu seperti ayat 1(b).

3 ulasan: