Inferensi adalah proses mental yakni kita membuat kesimpulan terhadap sesuatu berlandaskan kepada bukti yang spesifik setelah menjalankan analisis atau penyelidikan secara menyeluruh. Inferensi ialah apabila kita membuat penilaian untuk mendapatkan idea atau kata kunci terhadap sesuatu, contohnya, seorang doktor yang membuat diagnosis untuk mengenal pasti penyakitnya dan seorang makenik yang membaiki enjin kereta pelanggannya. Inferensi memerlukan tiga komponen utama yakni motif, objektif, dan niat atau maksud yang ingin diperolehinya.
Inferensi amat penting dan ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Tanpa kita sedar kita sebenarnya membuat inferensi terhadap banyak perkara dalam kehidupan kita sehari-harian. Kita melalui kehidupan seharian seperti biasa menurut pandangan kita dan kita membuat inferensi secara tidak langsung terhadap persekitaran dan masyarakat disekeliling kita. Misalnya, kita mentafsir setiap perlakuan disekeliling kita sebagai sebahagian karekter yang dimiliki oleh seseorang, individu azam atau kesungguhan atau cara untuk individu itu meluahkan perasaan yang ada padanya. Analoginya, apabila kita melihat orang membuka paying maka kita akan menyatakan bahawa hari hujan. Apabila orang meminta segelas air maka orang itu dahaga. Kita mengandaikan bahawa bukti atau keterangan dalam sesuatu teks adalah berkuasa(boleh dipercayai) apabila ia dihasilkan oleh para ilmuwan dalam bidang tertentu. Hal ini kerana kita yakin akan kepakaran dan pengetahuan yang ada pada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan