I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Klausa


Ahli bahasa Malaysia dan Indonesia menggunakan istilah yang sama dalam menjelaskan maksud klausa. Mereka menjelaskan bahawa klausa merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Klausa mempunyai subjek dan predikat yang merupakan konsituen utama dalam pembinaan ayat.
Persamaan yang dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua tokoh ini ialah klausa mampu berdiri sebagai sebuah ayat yang lengkap dan sempurna kerana mengandungi subjek dan predikat. Subjek dan predikat merupakan unsur terpenting dalan klausa. Klausa mempunyai persamaan dengan ayat kerana kedua-duanya mempunyai unsur subjek dan predikat dari segi strukturnya. Selain itu, mereka juga sependapat mengatakan bahawa klausa ini terdiri daripada dua, iaitu klausa bebas dan klausa terikat. Klausa bebas merupakan klausa yang dapat berdiri dengan sendirinya sebagai sebuah ayat yang lengkap dan tidak memerlukan unsur lain untuk melengkapkannya. Contoh klausa bebas ialah;
                        1. Adik mendengar radio
Klausa terikat  pula mempunyai struktur yang tidak lengkap dan tidak boleh hadir sebagai sebuah ayat yang lengkap serta memerlukan unsur lain untuk menyempurnakannya. Klausa terikat mungkin hanya terdiri daripada unsur subjek, objek dan keterangan sahaja. Contoh klausa terikat
                        2. Ketika Aina datang

1 ulasan: