I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 18 Mac 2011

bilangan 12:inferensi

Inferensi ialah pernyataan yang berdasarkan kepada bukti atau keterangan yang nyata. Inferensi juga ditafsirkan sebagai proses membuat kesimpulan berdasarkan kepada sesuatu perkara yang pembaca sendiri telah sedia maklum. Inferensi tidak boleh wujud satau dihasilkan tanpa ada tanda-tanda atau bukti atau keterangan yang sahih untuk menyokong inferensi tersebut. Untuk membuat inferensi, bukti atau keterangan yang sahih perlu dikumpulkan. Bukti itu pula dikumpulkan melalui proses analisis terhadap sesuatu yang ingin dibuktikan kesahihan inferensinya.  Apabila analisis adalah sebahagian daripada proses penyelidikan atau kajian atau penyiasatan yang merujuk kepada pengkajian yang sistematik, teliti dan berkait rapat. Analisis adalah satu proses mengkaji yang membahagikan sesuatu perkara atau pokok persoalan kepada unit yang lebih kecil sebelum memulakannya. Kajian atau penyelidikan akan dimulakan dengan mengkaji atau menyelidiki perkara yang paling kecil dahulu hingga ke peringkat yang lebih khusus.
Tujuan objektif menganalisis tidak tertumpu kepada penyelesaian sebahagian daripada kajian tetapi untuk memehami dan mendapatkan jawapan atau bukti secara keseluruhan dalam bidang yang dikaji. Apabila salah satu bahagian atau hasiil kajian berjaya ditemui dan diselesaikan, maka ia akan dikaitkan dengan unit yang lain untuk membuktikan kesahihannya lalu membuat perkaitan yang logik di antara semuanya. Perkaitan ini akan melihat kepada keadaan sifat semulajadi setiap bahagian yang dikaji dan saling kebergantungan di antara setiap bahagian itu. Sesungguhnya, melihat atau mempraktikkan secara keseluruhan lebih bermakna daripada melihat kepada sebahagian kecil sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan