I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

KONSEP FRASA NAMA


Terdapat pelbagai konsep dan takrifan mengenai frasa nama yang diutarakan oleh ahli bahasa bergantung kepada teori yang dijadikan dasarnya. Setiap ahli bahasa mempunyai fahaman atau aliran yang tersendiri untuk menghasilkan penulisan mereka. Konsep yang dipegang oleh kedua-dua tokoh mempunyai perbezaan. 

Menurut Nik Safiah Karim ( 2009 : 359 ), frasa nama ( FN ) ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Konsep yang dipegang oleh Nik Safiah Karim lebih kepada konsep frasa nama berfungsi sebagai kata inti. 

Hal ini berbeza dengan Asmah Hj Omar ( 1986 : 253 ) yang menyatakan bahawa  frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama. Oleh itu, konsep yang dipegang oleh Asmah Hj Omar lebih cenderung kepada konsep yang berdasarkan fungsi frasa nama dalam ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan