I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Ayat Majmuk


Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. Umumnya, salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana terdapat klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa atau ayat.
Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat majmuk dalam konteks yang sama. Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau unsur yang membina ayat majmuk. Abdullah Hassan menggunakan konsep klausa utama dan kluasa kecil dalam mendefinisikan ayat majmuk manakala Nik Safiah Karim menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil. Walaupun berbeza dari segi pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk, namun ia mendokong maksud dan fungsi yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan