I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Kata sendi nama 'dari'.


Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim (1992:190) dan Asmah Haji Omar (1986:186), mereka mengatakan bahawa, kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, dan sifat ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya mengambil kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, sumber atau unsur perbandingan. Menurut Za’ba pula, kata sendi nama dari menunjukkan tempat datang, tempat mulai bergerak dan tempat yang ditinggalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan