Bahasa standard adalah kelainan bahasa yang mengambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi. Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa itu sudah dikodivikasikan dan sudah mempunyai sistem dan rumus-rumus tertentu baik dari aspek bentuk mahupun aspek leksikel dari bahasa itu. Kelainan bahasa yang tertentu itu mesti dianggap bukan standard. Bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang sifatnya akedemis, filosofis, professional dan juga dalam kesusasteraan (Asmah Haji Omar 1976: 473)
Menurut Asmah Haji Omar (1980: 77), kata ganti nama diri adalah kata yan dapat menggantikan kata nama manusia. Menurut beliau lagi, ganti nama diri manusia boleh dilihat dari segi penggunaannya dalam konteks sosiolinguistik dan konteks makna. Dalam konteks ini, kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga sistem diri, iaitu sistem diri diri pertama, diri kedua dan diri ketiga. Seterusnya menurut Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri digelar juga kata ganti nama orang yang merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedau dan kata ganti nama orang ketiga. Selain itu, ganti nama diri orang boleh merujuk kepada jumlah tunggal atau jamak.
Kata ganti diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama pertama merujuk kepada jumlah tunggal seperti saya, aku, beta, hamba, patik. Manakala bagi kata ganti nama diri orang pertama yang menunjukkan jumlah jamak pula ialah kami, dan kita. Seterusnya kata ganti nama diri kedua pula ialah orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Hal ini bermakna bahawa ganti nama diri kedua boleh merujuk kepada pendengar dalam peristiwa perbualan bersemuka, atau pembaca dalam media tulisan. kata ganti nama diri kedua boleh menunjukkan jumlah tunggal seperti anda, awak, engkau atau kau, kamu, kalian. Kata ganti nama diri ketiga pula merujuk kepada orang yang diperperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran, atau dapat juga tidak hadir. Antara contoh kata ganti nama diri ketiga ialah, ia, dia, beliau, dan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan