I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Konsep Kata Kerja

Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Perbezaan antara kata ini ialah kata kerja tak transitif dapat berdiri dengan sendirinya dalam ayat serta dapat menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Manakala kata kerja transitif pula tidak dapat menjadi inti bagi frasa kerja dan memerlukan objek bagi membentuk binaan frasa kerja (Ahmad Khair Mohd Nor:72). Pengguna bahasa Melayu kerap melakukan kesalahan dalam kata kerja. Contohnya, kesalahan penggunaan imbuhan apitan memper-…-kan, kesalahan penggunaan imbuhan teR- yang tidak diikuti objek, kesalahan kata kerja transitif yang dipisahkan dengan objek dan kekeliruan penggunaan objek yang tepat selepas kata kerja transitif.
Berdasarkan analisis yang diperolehi daripada data korpus dapati terdapat empat kesalahan utama yang ditemui mengenai kesalahan  penggunaan kata kerja ini antaranya yang pertama ialah kesalahan penggunaan imbuhan memper-...-kan + KA iaitu berdasarkan data korpus terdapat 100% kesalahan dalam baris konkordans. Kedua ialah kesalahan penggunaan akhiran –kan dan akhiran –i  iaitu berdasarkan data korpus terdapat 14% kesalahan dalam baris konkordans. Ketiga ialah kesalahan penggunaan imbuhan meN-...-kan + KSN + Objek terdapat 17% kesalahan dalam baris konkordans dan yang keempat ialah kesalahan penggunaan imbuhan ter- yang diikuti oleh kata sendi nama iaitu terdapat 27% kesalahan dalam baris konkordans.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan