I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Bahasa SMS

Saya sudahpun berada di semester enam dan bermakna sudah tiga tahun saya meneruskan pengajian peringkat tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kursus yang saya ikuti pula memerlukan saya menguasai pelbagai aspek bahasa yang saya tidak pernah jangka seperti linguistik, psikolinguistik dan juga sosiolinguistik. Semua ini merupakan kosa kata baru dalam penguasaan bahasa saya. Berbalik kepada bahasa sistem pesanan ringkas (sms) itu tadi, saya mendapati penggunaan bahasa rojak dalam sms sememangnya sangat ketara dalam kalangan kami walaupun kami sebenarnya merupakan bakal guru bahasa Melayu.
Contoh seperti mesej yang diterima dari seorang sahabat saya bernama si A dan mesejnya ialah :


“Busy saudara,Pukul 12am lebih saya datang ye.”

Seterusnya mesej dari sahabat saya yang bernama B pula :

“Dah send..try tengok.”

Selanjutnya mesej dari c ialah :

“Ok jap ea..ak training dak2 aku jap.”

catatan: Kadang-kadang kita tidak mengambil puding tentang perkara yang mudah. Maka ini akan menyebabkan kita terbiasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan