I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah'


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), dalam ayat kata pemeri adalah akan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Antara contoh  kata pemeri adalah yang hadir di hadapan kata adjektif adalah seperti Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan rakyat luar Bandar dan makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan
                                    Kata pemeri adalah + FSN/FA

Penggunaan kata pemeri ialah pula akan hadir di hadapan frasa nama seperti yang terdapat di dalam ayat-ayat yang berikut. Contoh penggunaan kata pemeri ialah yang hadir di hadapan frasa nama adalah seperti Dalam terjemahan komunikatif yang mustahak ialah mesej yang hendak disampaikan.Menurut Tatabahasa Dewan lagi perlu diingatkan bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Selain itu, kata pemeri juga tidak boleh hadir di hadapan frasa frasa kerja atau kata kerja.
            Kata pemeri ialah + FN

            Menurut Asmah Haji Omar (2008: 159) menyatakan bahawa terdapat dua partikel pemeri dalam Bahasa Melayu, iaitu ialah dan adalah. Kedua-dua partikel ini memberi pemerian kepada subjek dalam ayat yang berstruktur Subjek – Predikat Nama. Misalnya :

i)             Ahmad ialah guru besar sekolah itu.
ii)            Ahmad adalah guru besar sekolah itu.
Dalam contoh di atas, ialah dan adalah boleh bertukar ganti dengan bebas. Walau bagaimanapun, keadaan tukar ganti itu tidak menimbulkan ayat yang kedengaran baik, yakni apabila subjek ayat merupakan ganti nama diri atau ganti nama penunjuk contohnya Dia ialah adik saya. Arbak Othman (1987: 324), turut sependapat dengan Asmah Haji Omar dengn mengatakan bahawa sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan yang nyata supaya kepentingan unsur penjodoh bilangan dalam frasa nama diabaikan. Contohnya Adik saya adalah/ialah seorang guru di situ. Bagi Arbak Othman pengunaan ialah dan adalah boleh bertukar ganti dengan bebas.

                                    kata pemeri ialah/adalah+ FN




Tiada ulasan:

Catat Ulasan