I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

Bahasa SMS




Pada hari itu, saya telah menerima mesej dari seorang sahabat saya yang tinggal di Sarawak, mesejnya yang terakhir sangat menarik perhatian saya kerana mesej tersebut mengandungi kata-kata yang berkemungkinan tidak akan difahami jika dibaca oleh orang lain.mesejnya ialah :

“K tqvm”

ULASAN


Adakah anda faham apa yang cuba dimaksudkan oleh rakan saya itu. Pada saya, beliau sememangnya tidak menghormati bahasa kebangsaan sendiri kerana kata-kata yang digunakannya tidak menggambarkan beliau seorang yang berbangsa Melayu. Maksud yang cuba disampaikannya ialah :

“Baiklah, terima kasih sangat-sangat” atau “ok, thank you very much”.

Penggunaan perkataan yang ringkas ini hanya akan merosakkan keindahan bahasa kita itu sendiri tanpa kita sedari. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kata-kata yang mudah difahami oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan