I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

FUNGSI FRASA SENDI


Fungsi utama frasa sendi adalah sebagai sebagai keterangan. Frasa ini boleh hadir sebagai unsur keterangan  kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat bandingan, tujuan, hal, penyertaan dan alat. Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa adjektif pula mendukung makna-makna keterangan bandingan, hal, masa dan tujuan. Manakala frasa sendi nama sebagai unsur keterangan frasa nama pula mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan. Berikut merupakan contoh ayat bagi fungsi frasa sendi sebagai keterangan:

i.              Suasana sudah berubah sejak April. (keterangan frasa kerja).
ii.            Pulau pandan jauh ke tengah. (keterangan frasa adjektif).
iii.            Produktiviti oleh usahawan kita masih rendah berbanding hasil pengeluaran. (keterangan frasa nama).

Namun, terdapat perbezaan fungsi antara kedua-dua buku tatabahasa ini iaitu perbezaan fungsi frasa sendi sebagai predikat. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi (2006:403), dinyatakan frasa sendi juga boleh berfungsi sebagai predikat namun dalam buku Tatabahasa Pedagogi, frasa sendi tidak boleh menjadi predikat.  Predikat frasa sendi nama menurut Tatabahasa Dewan ialah konstituen atau unsur yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa. Contohnya:

      i.        Raksasa itu seperti binatang liar yang lain akan sentiasa mencari manusia sesudah merasai dagingnya.

Namun, menurut buku Tatabahasa Pedagogi (2008:386), dalam contoh ayat di atas kelihatan seolah-olah frasa sendi berlaku sebagai predikat. Namun, mengikut buku tatabahasa ini, apabila dikaji dan diteliti dengan mendalam, maka didapati dalam ayat di atas mempunyai unsur kata kerja yang sudah digugurkan. Ayat di atas dapat dilengkapkan seperti berikut:

i.              Raksasa itu (berkelakuan) seperti binatang liar yang lain akan sentiasa mencari manusia sesudah merasai dagingnya.

Oleh yang demikian, menurut buku tatabahasa ini, frasa sendi sebenarnya tidak dapat menjadi predikat ayat. Sebaliknya frasa sendi hanya memberi keterangan tempat, masa dan cara kepada kata kerja yang dilakukan. Fungsi frasa sendi sebagai predikat bukanlah fungsi sebenar tetapi hanya bayangan kerana frasa sendi itu akan menduduki konstituen predikat dalam ayat hanya apabila kata kerja dalam konstituen predikat digugurkan.

sumber: Tatabahasa Dewan dan Tatabahasa Pedagogi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan