Pengalaman naik KTM. Sungguh menarik walaupun bukan kali pertama naik tetapi pengalaman dimana dapat melihat gelagat manusia yang berebut hendak naik dan pelbagai gelagat lain yang melucukan. Namun bukan pengalaman itu yang hendak saya bicarakan kali ini, apa yang menarik perhatian saya pada masa itu ialah semasa dalam KTM tersebut saya berdiri berdekatan dengan sekumpulan anak muda yang kiranya umur lebih kurang sebaya dengan saya. Dari pengamatan saya juga dapat merasakan bahawa kumpulan anak muda tersebut juga merupakan golongan yang berpendidikan tinggi kerana mereka ada juga membicarakan tentang universiti, kuliah dan sebagainya.
Walaupun mereka dari golongan terpelajar apa yang menarik perhatian saya ialah bahasa yang mereka gunakan 'sungguh menarik' dan membuahkan perasaaan yang meloyakan tekak dengan bahasa yang digunakan. Inilah akibatnya apabila kita mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi tidak menunjukkan peribadi seorang yang berpengetahuan tinggi.
Apa yang manyebabkan saya hampir nak gelak walau tengah mambawa beg yang berat ialah apabila mereka bercakap mat salleh walaupun hanya sekerat sahaja bahasa tersebut iaitu 'i' dengan 'you' sahaja, ditambah lagi dengan menggunakan bahasa Melayu yang pekat. Kalau macam kan lebih baik sekiranya hanya menggunakan perkataan 'saya' dan 'awak' atau 'kamu'. itu lebih manis didengar. Mungkin kononnya hendak berlagak pandai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan