I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 25 Februari 2011

NGETEH DULU

Rehat sebentar dengan pantun.

1.
Banyak gelang antara gelang. 
Gelang dibawa jual di pekan,
Banyak bintang antara bintang,
Bintang apa boleh berjalan.

2.
Bukan ungka sebarang ungka,
Tangan ungka panjang sekali,
Bukan angka sebarang angka,
Apakah angka paling diminati.

3.
Buah lebat eloklah dipajak,
Buah berangan jatuh di kali,
Tuan  hebat tuan  yang bijak,
Apakah haiwan kaki di kaki?

Jawapan
1. Bintang filem
2.Angkasawan
3.Lipan yang mati kena pijak. 

  

Khamis, 24 Februari 2011

Mari Belajar bahasa Iban

Bahasa identiti Bangsa (Dikelala buah ari langgu dikelala bansa ari jaku)


Kaum Iban mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu bahasa Iban, bahasa Iban mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu, bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi.

Bahasa Melayu = Bahasa Iban 
  • makan   =makai
  • sana      =din
  • sini        =kitok
  • kalau    =enti
  • boleh    =ulih
  • saya      =aku
  • kamu    =nuan
  • nanti     =lagik
  • kejar    =ngagai
  • tak nak =enggai
  • tidur     =tinduk
  • jalan     =jalai     

Teka-teki

1. Ada satu di Perlis, dua di Kota Tinggi, tiga di Tasik Chini, dan empat di Missisippi USA.

2. Seorang budak memasuki kandang singa dengan selamba, padahal dalam kandang tersebut terdapat 5 ekor singa jantan. Mengapa terjadi sedemikian?

3. Udang dieja dengan berapa huruf?

4. Bola sepak Piala Dunia diadakan di...

Jawapan:
1. Huruf 'i'
2. Hanya ada ekor singa, ekor tidak berbahaya.
3. Dua huruf saja iaitu, U danG
4. Padang bola la... 

Aku dan kereta

Hari ini saya belajar kereta lagi. Dengan perasaan yang gementar, sehinggakan cara memegang stereng pun tak betul, semuanya serba tidak kena. Biasalah kan saya budak baru belajar. Mana lah terus tahu bawa kereta. Kena tegur masa buat parking, langgar tiang lagi tu.

Guru memandu: Abang kalau nak buat parking tu, stereng kena putar habis dulu, baru undur.

saya : (Bermonolog) sejak bila pula dia jadi abang aku.

Komen: Sepatutnya penggunaan Kata Ganti Nama Diri 'abang' hanya boleh digunakan untuk orang yang rapat dengan kita. Contohnya dalam kalangan adik-beradik atau sepupu.

Sekitar Majlis Wacana Ilmu (23.2.2011)


Sahabat karib saya, Vivek yang tengah pura-pura.


Rakan-rakan yang hadir.

Sekadar suka-suka

Disini saya ingin berkongsi tentang pantun yang direka oleh kawan-kawan saya. Walaupun begitu, pantun tersebut hanya untuk suka-suka saja kerana boleh dikatakan tidak menepati ciri-ciri yang pantun terutamanya tidak mengikut rima yang betul. Pantun dua kerat.

Kenapa orang bunuh orang, 
Sungguh jahat orang itu.

Komen: Pantun tersebut hanyalah untuk suka-suka untuk menghilangkan otak yang tegang sambil tersenyum. Indahnya bahasa.

Tidak sedar diri.

Pengalaman naik KTM. Sungguh menarik walaupun bukan kali pertama naik tetapi pengalaman dimana dapat melihat gelagat manusia yang berebut hendak naik dan pelbagai gelagat lain yang melucukan. Namun bukan pengalaman itu yang hendak saya bicarakan kali ini, apa yang menarik perhatian saya pada masa itu ialah semasa dalam KTM tersebut saya berdiri berdekatan dengan sekumpulan anak muda yang kiranya umur lebih kurang sebaya dengan saya. Dari pengamatan saya juga dapat merasakan bahawa kumpulan anak muda tersebut juga merupakan golongan yang berpendidikan tinggi kerana mereka ada juga membicarakan tentang universiti, kuliah dan sebagainya.

    Walaupun mereka dari golongan terpelajar apa yang menarik perhatian saya ialah bahasa yang mereka gunakan 'sungguh menarik' dan membuahkan perasaaan yang meloyakan tekak dengan bahasa yang digunakan. Inilah akibatnya apabila kita mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi tidak menunjukkan peribadi seorang yang berpengetahuan tinggi.

Apa yang manyebabkan saya hampir nak gelak walau tengah mambawa beg yang berat ialah apabila mereka bercakap mat salleh walaupun hanya sekerat sahaja bahasa tersebut iaitu 'i' dengan 'you' sahaja, ditambah lagi dengan menggunakan bahasa Melayu yang pekat. Kalau macam kan lebih baik sekiranya hanya menggunakan perkataan 'saya' dan 'awak' atau 'kamu'. itu lebih manis didengar. Mungkin kononnya hendak berlagak pandai. 


Wacana Ilmu:Bahasa Melayu Tinggi

Tanjong Malim-Satu wacana ilmu telah diadakan bertempat di Auditorium Utama, UPSI. Program anjuran Persatuan Bahasa Melayu ini adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Penceramah Wacana Ilmu: Bahasa Melayu,  Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. sesi wacana ilmu tersebut beliau mengatakan bahawa Bahasa Melayu Tinggi merupakan bahasa yang digunakan pada tahap yang tinggi, formal dan rasmi. Bahasa Melayu tinggi merupakan bahasa yang sempurna, lengkap dari segi sebutan disamping sentiasa konsisten. BMT ini juga mempunyi nahu atau tatabahasa yang rapi.

    Disamping itu, pemilihan perkatan juga perlu dijaga. Beliau mengatakan bahawa dalam ganti nama sering disalahgunakan dalam perbualan. Contohnya kata sapaan seperti, abang, adik, terhadap orang yang tidak kita kenali. Beliau mengatakan bahawa sekiranya kita salah menggunakan kata panggilan merupakan perbuatan yang maha biadap.