I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 18 Mac 2011

Bilangan 16: Panduan Menulis Sajak 2

Memahami dan memilih kata-kata terbaik.
kata-kata terbaik umum sifatnya dan mungkin khusus maknanya pada seseorang penyajak. Kata-kata terbaik bermaksud, kata yang paling sesuai, kena dengan maksud dan menepati kenyataan. Penulis perlu peka kepada pemilihan kata-kata yang terbaik ini, supaya sajak yang dihasilkan menampakkan ciri-ciri keindahannya.

Kaedah A:Diksi ke rangkap
i. Menentukan perkataan teras dan seerti.
ii. Membina rangkai kata.
iii. Menyusun rangkai kata dalam baris
iv. Membina rangkap sajak

Kaedah B: Prosa ke rangkai kata
i. Membina prosa pendek
ii. Penggantian kata

Bilangan 15: Panduan Menulis Sajak 1

Memahami dan menguasai penggunaan gaya bahasa
Gaya bahasa adalah cara bagaimana penyakan menyampaikan idea atau pemikiran dalam sajak. Jadi, untuk menyampaikan idea dan pemikirannya, perkara asas penulis perlu tahu, faham dan menguasai aekurang-kurangnya LIMA unsur gaya bahasa kiasan, iaitu metafora, personifikasi, simili, hiperbola dan anafora.
Metafora:
Sejenis unsur kiasan yang dibuat dengan menyakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain. Kiasan yang digunakan menunjukkan perbandingan sesuatu yang abstrak dengan objek yang nyata

Personifikasi:
Digunakan bertujuan untuk memberi suatu gambaran 'manusiawi' atau sifat orang kepada sesuatu benda yang lain.

Simili:
Gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung bagi menunjukkan perkara asal disifatkan mempunyai ciri yang sama dengan apa yang dibandingkan.
Hiperbola:

Menunjukkan kiasan perbandingan yang melampau. hiperbola terletak dalam kategori gaya bahasa retorik.

Anafora:
pengulangan kata pada awal baris. Gaya bahasa ini jika digunakan akan menambahkan kesan estetik yang ada pada pengucapan sajak.

Bilangan 14:Kritikan angkat kesusasteraan


Oleh DR AMINUDIN MANSOR
(amimasra@gmail.com)
KALANGAN penulis tidak dapat menyangkal bahawa kritikan sastera dapat memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan sastera kebangsaan kita.
Peranan yang dimainkan oleh seseorang kritikus iaitu orang yang mempertimbangkan atau mengulas sesuatu dengan menghuraikan pendapatnya serta membuat teguran atau kecaman terhadap hasil karya sastera.
Dunia kritikan kini seakan menyepi dan kurang mendapat sambutan daripada mereka yang bertauliah dan berpendidikan dalam bidang ini. Ketiadaan kritikan sastera menyebabkan bidang ini tidak lagi dapat memberikan bimbingan dan nasihat kepada pengarang muda khususnya supaya menghasilkan karya yang lebih bernilai dan bermutu daripada segi keindahan sastera.
Menurut tokoh penulis Barat, Samuel Johnson, pernah menyifatkan seorang pengkritik karya sastera itu sebagai seorang yang berkebolehan untuk membezakan antara kelemahan dan keindahan yang terdapat dalam sesebuah hasil karya khususnya novel, cerpen dan puisi dan hasil karya sastera lain.
Peranan kritikan sastera di Malaysia juga dapat mendedahkan hasil karya sastera bangsa ke peringkat antarabangsa. Selain itu, bidang sastera juga akan mendapat sambutan pembaca khususnya apabila sesebuah novel baru itu berada di pasaran atau baru saja diterbitkan.
Ruang dan peluang seharusnya diberikan lebih luas oleh media massa dengan memberikan ruangan khas untuk membincangkan kritikan sesebuah hasil karya sastera. Jika ada ruang sudah tentu para pengkritik akan mengkritik hasil-hasil karya khususnya yang menjadi polemik semasa seperti novel Interlok karya Abdullah Hussain.
Sejarah kritikan sastera bermula di Yunani dengan Plato sebagai tokoh utamanya, kemudian disusuli oleh Aristotle dan Longinus kira-kira pada tahun (427-347 S.M.). Menurut Aristotle walaupun dalam kritik sastera, teori dan fakta amat penting untuk mencari sebab-sebab kebaikan sesebuah hasil karya sastera. Dia sering mengkritik orang-orang terdahulu daripadanya melalui pemerhatian sentiasa lebih penting daripada teori.
Menilai
Menurut Gayley dan Scott, kritikan sastera juga bertujuan mencari kesalahan, kelemahan, memuji, menilai, membanding dan menikmati kebaikan yang terdapat dalam hasil karya sastera.
Sebagai contoh, penyair Chairil Anwar dapat diangkat sebagai penyair yang agung di Indonesia disebabkan kritikan dan tafsiran yang dibuat oleh pengkritik pada zaman itu iaitu H.B Jassin tentang nilai keindahan dan kekuatan isi sajak-sajaknya.
Melalui Tifa Penyair dan Daerahnya, H.B. Jassin mengangkat penyair Chairil Anwar, sebagai penyair pelopor angkatan yang telah menggantikan angkatan Pujangga Baru, dengan keinsafan lingkungan yang lebih besar dan luas, pemikirannya tetap lebih berkuasa daripada perasaan dan lebih matang lagi: fikiran dan perasaan berimbangan.
Begitulah juga penyair Amir Hamzah , W.S. Rendra dua penyair terkemuka Indonesia juga telah diangkat melalui beberapa kritikan yang dapat mengetengahkan mereka sebagai penyair yang tajam inderanya, sering menangkap perulangan yang dimanfaatkan melalui pengucapan artistik dan estetik.
Sumbangan seorang lagi penulis / pengkritik iaitu Umar Junus yang terdidik di Laiden, Jerman mendapat didikan daripada Profesor P.E. de Josselin de Jong dan Profesor Teeuw juga berminat dalam bidang kritikan dan telah menaikkan beberapa penulis Indonesia seperti Amir Hamzah dan Chairil Anwar dan penulis Malaysia melalui kritikan dan tulisan lampaunya.
Mengikut pandangan William Henry Hudson, pengkritik tulen mestilah akal budinya bersifat keseimbangan (mudah menyesuaikan diri), cepat menangkap segala kesan penemuan pertama, bijak memisahkan perkara-perkara yang mustahak dan gemar mencari keindahan dalaman sesebuah hasil karya sastera. Seseorang pengkritik tulen harus menjauhi dirinya dari segala benteng sentimen baik terhadap pengarang, bangsa, agama dan sebagainya.
Bagaimanapun, menurut Herbert J. Muller, seorang pengkritik haruslah memberikan penilaian saksama dan adil, pengkritik juga harus melengkapkan dirinya dengan ilmu bantu yang lain seperti ilmu pendidikan sastera, ilmu jiwa, sosiologi, psikologi, falsafah, kemasyarakatan, politik, falsafah, sejarah dan budaya yang mempunyai kaitan dengan bidang sastera khususnya sesebuah hasil karya seperti novel, cerpen dan puisi.
Sebagai contoh, Profesor A.Teeuw pernah mengangkat Hikayat Hang Tuah dengan dalam tulisannya dengan memberi penghargaan dan pentafsiran bahawa membaca, menyatupadukan pentafsiran yang sedar dan memberi penghargaan artistik terhadap hikayat ini sebagai hasil kebudayaan Melayu yang patut dibaca, ditafsirkan, dan dihargai terus menerus.
Tugas seorang pengkritik juga amat besar. Pengkritik harus mengetahui latar sejarah, budaya kehidupan bangsa, teknik penulisan sastera, teori dan fakta berkaitan dengan komposisi novel, cerpen dan puisi dan juga karya sastera lain, dan harus memahami soal seni, nilai keindahan / estetik yang memperindah sastera itu sendiri.
Di Malaysia terdapat beberapa pengkritik sastera yang berwibawa yang boleh mengangkat hasil sastera di negara ini seperti Mohd. Affandi Hassan (novel), Shahnon Ahmad (novel), Muhammad Haji Salleh (puisi), Hashim Awang (novel/cerpen) Mohd Yusof Hassan (novel), Baha Zain (puisi), Mana Sikana (novel/cerpen), Siti Hawa Salleh (sastera klasik), Rosnah Baharuddin (novel/cerpen), Ungku Maimunah Mohd.
Ketajaman
Tahir(novel/sastera klasik), Ramli Isin (novel/cerpen), Rahman Shaari (puisi), Misran Rokimin (novel remaja) yang seharusnya diberi peluang dan ruang oleh pihak media untuk mengkritik hasil karya sastera di negara ini. Ketajaman kritikan mereka ini masih berbisa, mempunyai ilmu tentang kritikan an mendapat didikan di universiti dalam bidang ini. Siapa lagi kalau bukan kita yang dapat mengangkat keindahan nilai sastera bangsa.
Sesungguhnya, pemikiran dan pendekatan dalam kritikan sastera di negara ini mestilah berpijak di bumi nyata iaitu berlandaskan pemikiran, gambaran dan tanggapan terhadap sastera bangsa berdasarkan pelbagai pendekatan seperti sosiologi, formalistik, psikologi, akal budi, budaya, moral dan agama. Pemikiran yang diutarakan mestilah kritis dan dapat menjangkau ke arah dunia antarabangsa dan globalisasi yang juga masih berpijak kepada kebenaran tauhid iaitu hakikat kehidupan manusia itu sendiri.
Hasil kritikan yang disampaikan bukan sahaja memberi hiburan malah yang lebih penting memberi ilmu dan pendidikan yang penting kepada pembaca dan generasi muda khususnya yang meminati sastera. Melaluinya akan dapat mengangkat peradaban manusia berlandaskan sastera yang indah dan mendidik ke arah kebaikan hidup di dunia dan akhirat.
Sumber: Utusan Malaysia 13 march 2011

Bilangan 13:Proses menghasilkan inferensi


Inferensi adalah proses mental yakni kita membuat kesimpulan terhadap sesuatu berlandaskan kepada bukti yang spesifik setelah menjalankan analisis atau penyelidikan secara menyeluruh. Inferensi ialah apabila kita membuat penilaian untuk mendapatkan idea atau kata kunci terhadap sesuatu, contohnya, seorang doktor yang membuat diagnosis untuk mengenal pasti penyakitnya dan seorang makenik yang membaiki enjin kereta pelanggannya. Inferensi memerlukan tiga komponen utama yakni motif, objektif, dan niat atau maksud yang ingin diperolehinya.
Inferensi amat penting dan ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Tanpa kita sedar kita sebenarnya membuat inferensi terhadap banyak perkara dalam kehidupan kita sehari-harian. Kita melalui kehidupan seharian seperti biasa menurut pandangan kita dan kita membuat inferensi secara tidak langsung terhadap persekitaran dan masyarakat disekeliling kita. Misalnya, kita mentafsir setiap perlakuan disekeliling kita sebagai sebahagian karekter yang dimiliki oleh seseorang, individu azam atau kesungguhan atau cara untuk individu itu meluahkan perasaan yang ada padanya. Analoginya, apabila kita melihat orang membuka paying maka kita akan menyatakan bahawa hari hujan. Apabila orang meminta segelas air maka orang itu dahaga. Kita mengandaikan bahawa bukti atau keterangan dalam sesuatu teks adalah berkuasa(boleh dipercayai) apabila ia dihasilkan oleh para ilmuwan dalam bidang tertentu. Hal ini  kerana kita yakin akan kepakaran dan pengetahuan yang ada pada mereka.

bilangan 12:inferensi

Inferensi ialah pernyataan yang berdasarkan kepada bukti atau keterangan yang nyata. Inferensi juga ditafsirkan sebagai proses membuat kesimpulan berdasarkan kepada sesuatu perkara yang pembaca sendiri telah sedia maklum. Inferensi tidak boleh wujud satau dihasilkan tanpa ada tanda-tanda atau bukti atau keterangan yang sahih untuk menyokong inferensi tersebut. Untuk membuat inferensi, bukti atau keterangan yang sahih perlu dikumpulkan. Bukti itu pula dikumpulkan melalui proses analisis terhadap sesuatu yang ingin dibuktikan kesahihan inferensinya.  Apabila analisis adalah sebahagian daripada proses penyelidikan atau kajian atau penyiasatan yang merujuk kepada pengkajian yang sistematik, teliti dan berkait rapat. Analisis adalah satu proses mengkaji yang membahagikan sesuatu perkara atau pokok persoalan kepada unit yang lebih kecil sebelum memulakannya. Kajian atau penyelidikan akan dimulakan dengan mengkaji atau menyelidiki perkara yang paling kecil dahulu hingga ke peringkat yang lebih khusus.
Tujuan objektif menganalisis tidak tertumpu kepada penyelesaian sebahagian daripada kajian tetapi untuk memehami dan mendapatkan jawapan atau bukti secara keseluruhan dalam bidang yang dikaji. Apabila salah satu bahagian atau hasiil kajian berjaya ditemui dan diselesaikan, maka ia akan dikaitkan dengan unit yang lain untuk membuktikan kesahihannya lalu membuat perkaitan yang logik di antara semuanya. Perkaitan ini akan melihat kepada keadaan sifat semulajadi setiap bahagian yang dikaji dan saling kebergantungan di antara setiap bahagian itu. Sesungguhnya, melihat atau mempraktikkan secara keseluruhan lebih bermakna daripada melihat kepada sebahagian kecil sahaja.

Khamis, 3 Mac 2011

Dialek Daerah

Jika pagi tadi semasa kuliah Dr. Siti Saniah. Dia telah memberikan contoh dialek daerah seperti dialek Terengganu, dialek Kelantan, dialek Utara dan dialek Negeri Sembilan. Semua dialek tersebut telah diambil daripada lagu yang mempunyai dialek negeri tersebut. Bagi menambah lagi koleksi dialek daerah yang telah sedia ada tersebut, saya memuat naik lagi satu lagu dialek daerah yang menarik dijadikan contoh iaitu lagu Puteri Santubong lagu yang mengandungi dialek Sarawak.


lirik lagu
OOO…PUTERI SANTUBONG SEJINJANG SAYANG
KESAH LAMA JANGAN MENSIA MAYANG
PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG
PENJAGA GUNUNG NEGERI SARAWAK
MANIS SIK ADA DAPAT DILAWAN
ANAK DAK DEWA TURUN KAYANGAN

PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG
PENJAGA GUNUNG NEGERI SARAWAK
MANIS SIK ADA DAPAT DILAWAN
ANAK DAK DEWA TURUN KAYANGAN

OOO…SANTUBONG PUTERI
BERTENUN KAIN MALAM
OOO…SEJINJANG PUTERI
MENUMBUK PADI SIANG

SATU HARINYA DUAK KELAI
BERANOK ANOK SIK HENTI-HENTI
SORANG MADAH DIRI BAGUS AGI
SORANG SIK KALAH WALAU SAMPAI KE MATI

PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG
PENJAGA GUNUNG NEGERI SARAWAK
MANIS SIK ADA DAPAT DILAWAN
ANAK DAK DEWA TURUN KAYANGAN

OOO…PUTERI SANTUBONG SEJINJANG SAYANG
UDAH BERMUSUH BERPANJANG PANJANG SAYANG
UDAH LEJUKNYA DUA KELAI
LALU BERTUKUKNYA DUAK PUTERI
SEJINJANG MENGHAYUN
ALUK KE PIPI TEBIK SANTUBONG
SAMPAI GITO ARI TAPI SANTUBONG MEMBALAS JUAK
LALU DI TIKAM BATANG BELIDA
HINGGA TERKENA SEJINJANG KEPALAK
LALU BERTABUT JADI PULO KERAK

PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG
PENJAGA GUNUNG NEGERI SARAWAK
MANIS SIK ADA DAPAT DILAWAN
ANAK DAK DEWA TURUN KAYANGAN

KESAH SANTUBONG KESAH SEJINJANG
ASAL BERKAWAN ASAL BERKAWAN JADI MUSUHAN
KINEK TOK TINGGAL JADI KENANGAN
PAKE INGATAN SEPANJANG JEMAN

PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG
PENJAGA GUNUNG NEGERI SARAWAK
MANIS SIK ADA DAPAT DILAWAN
ANAK DAK DEWA TURUN KAYANGAN

nota:PUTERI SANTUBONG BUKAN PUTERI SENTUBUNG SEPERTI DALAM LIRIK LAGU.